Ahad, 25 Januari 2015

Perwira agung

Dalam perjalanan yang penuh liku ini aku menyusuri jalan yang kelam menuju cahaya. Walaupun ranjau berduri bersembunyi di kiri dan kanan jalan menunggu masa untuk merobek tubuh aku harap agar aku harungi dengan tenang.

Aku takut bila aku terjatuh aku tidak mampu bagun semua. Namun panji-panji ini akan aku aku kibarkan tinggi supaya menjadi lambang aku masih berdiri.

Beban dibelakang aku ini berat! Tetapi aku cuba mengalasnya hingga aku akhir simpang perjalan itu. Dan semua menjadi contoh kepada insan dibelakang aku.

Dan bila aku sampai di hujung simpang aku nanti, kenanglah aku sebagai seorang perwira agung.

Khamis, 22 Januari 2015

Anak

Dulu masa kecik kecik tak ingat apa. Yang tahu main je.Aku ingat lagi kenangan masa kecil kecil dulu main gasing, tangkap ikan, berkubang dlm parit banyak lagi la. Terasa dunia tu aman dan tenang sekali. Ingat lagi ayah aku pernah bantai belakang aku dengan getah paip sakitnya tuhan saja yang tahu. Memang ayah aku dulu garang tapi sebab garang dia aku jadi insan yang berguna.

Tapi sekarang segalanya dah berubah. Dunia yang aman dan tenang tu dah tak ada lagi. Yang ada hanya tanggungjawap. Tanggungjawap pada kerja, keluarga dan lain lain lagi. Bukan mengeluh cuma bercerita sahaja. Anak anak sekarang tak macam dulu, anak sekarang lebih kepada gajet. Kalau digunakan dengan cara yang betul tak menjadi masalah tapi jika tersilap langkah banyak yang keburukkan dari kebaikkan.

Aku bukan nak mengata sesiapa, aku pun ada anak. Aku cuma menasihati dan mengingati diri sendiri. Harapan yang besar aku galaskan pada anak-anak aku supaya mereka menjadi insan yang berguna. Yang dapat mendoakan aku bila aku dah tiada nanti. Harapan supaya mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Aku takut sekali jika tak dapat mendidik mereka dengan betul. Semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati hidup mereka.